Program orientasi tingkatan satu tahun 2010 telah berjalan dengan lancar yang ditutup dengan jayanya pada 15 Januari 2010. Rata-rata peserta berpuas hati dengan program ini.
Menurut Ketua Asrama, Mazlan bin Abdullah, kebanyakan peserta-peserta telah diberi maklumat ringkas tentang kehidupan di asrama dan budaya SSeJb.
Di akhir program Orientasi ini ditamatkan dengan Malam Kebudayaan yang telah dipersembahkan oleh 9 kumpulan. Kumpulan-kumpulan ini telah dikawal selia oleh fasilitator-fasilitator dari kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4. Peserta “favourite” yang telah dipilih ialah Aida dan Aton, pemilihan ini adalah berdasarkan hasil dari undian para fasitator. Diharapkan program ini akan terus berlangsung di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment